[ Terkini ] 2 Gambar Dyana di ganggu namun tetap" Cool " terus berkempen !

Sekumpulan kecil pemuda yang bermotosikal mengganggu calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud semasa dia menemui pengundi di pasar di Padang Tembak petang tadi.

Menurut Dyana, remaja tersebut cuba mendekatinya danpemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menemaninya dalam tinjauan mesra tersebut.

Bagaimanapun, anggota keselamatan DAP, bertindak menyekat mereka, anggota polis juga meminta kumpulan pemuda itu supaya beredar dari situ.

Sementara itu, Kit Siang berkata dua orang lelaki meminta Dyana dan rakan-rakannya supaya "keluar" dari kampung tersebut.

Bagaimanapun, katanya, Dyana dan orang ramai di situ tidak menghiraukan mereka sehinggalah polis sampai.

Kit Siang berkata, mereka membuat beberapa gerakan yang mengancam pada masa itu.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa insiden buruk itu tidak sepatutnya berlaku. Credit Malaysiakini 


1 ulasan:

muda lagi kan dia kan? memanglah minat orang kot?

Reply