[ Sukan ] Juara milik Manchester City musnahkan impian Liverpool !

MANCHESTER City muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris selepas berjaya menewaskan West Ham 2-0 pada Ahad.
Kemenangan awal yang dilakarkan oleh City membuatkan anak buah Manuel Pellegrini tidak perlu mengetahui perkembangan antara Liverpool menentang Newcastle yang berkesudahan 2-1.
Sebaliknya pemain City dapat menyambut kejuaraan itu sebaik sahaja wisel penamat ditiup pengadil perlawanan.
Dalam perlawanan itu, Samir Nasri muncul sebagai hero pasukannya selepas menghadiahkan jaringan pertama ketika perlawanan berbaki enam minit sebelum separuh masa pertama ditamatkan.
Ketua pasukan itu, Vincent Kompany kemudian mengesahkan kejuaraan mereka selepas babak kedua dimulakan.
Sementara itu, Liverpool terus kempunan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris apabila gagal menyaingi mata yang dikumpul City.
Walaupun pengkritik meramalkan anak didik Brendan Rodgers bakal menjulang piala selepas 24 tahun namun City membuktikan bahawa pasukan tersebut lebih layak. Credit Mstar