[ Sensasi ] Julia Perez meleleh dengar Prabowo berucap !

Jakarta: Artis dangdut yang tidak lekang daripada kontroversi, Julia Perez, 33, semalam ‘merayu’ kepada Prabowo Subianto, 62, supaya memilihnya sebagai pasangan hidup.
Menggunakan Twitter, Julia yang lebih dikenali sebagai Jupe berkata, hubungannya dengan pemain bola sepak dari Argentina Gaston Castano kini bermasalah. Justeru, dia mengalih perhatian kepada calon presiden dari Parti Gerindra itu untuk menumpang kasih.
“Wahai Pak Prabowo, Jupe sedia dilamar oleh kamu pada bila-bila masa. Kamu mahu jadi presiden dan memerlukan seorang isteri. Jupe bersedia,” tulis Jupe dalam Twitter menggunakan akaun @juliaperrez.
Namun, ketika dihubungi media semalam, Jupe berkata, semua orang tahu dia sudah tidak mempunyai kekasih.
Justeru, katanya, dia menghantar mesej itu supaya Prabowo tidak terlampau tertekan dengan kempen pemilihan Julai nanti.
Jupe juga mengakui begitu tertarik sehingga ‘meleleh’ apabila mendengar pidato Prabowo. Di sebalik usikannya itu, Prabowo sempat membalas dengan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Jupe: “Terima kasih untuk sokongan kamu selama ini, mbak @juliaperrez.” - Agensi


1 ulasan:

Sekarang Jupe sudah tidak lagi bersama Gaston lagi loh
booking hotel di bali

Reply