[ Ngeri ] 4 Gambar tangan kanak-kanak tersepit di escalator petang tadi !

Seorang kanak -kanak mengalami detik ngeri apa bila tangan kanannya tersepit di escalator di sebuah pasaraya di Dearah Kajang petang tadi, pada jam 4.39 petang bilik kawalan Kajang terima panggilan khidmat khas tangan tersepit di tangga bergerak (escalator ) FRT anggota bomba  dikejarkan ke lokasi.




Sampai di lokasi didapati seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 6 tahun tangan tersepit di escalator, angota bomba menggunakan segala kepakaran mereka untuk menyelamatkan tangan kanak-kanak tersebut. anggota bomba berjaya mengeluarkan dan menyelamatkan tangan mangsa kanak-kanak yang tersepit itu.

Kanak-kanak terbabit di hantar ke Hospital terdekat untuk menerima rawatan, tiada kecederaan serius yang di hadapi oleh kanak-kanak lelaki terbabit, kes ini jarang berlaku namun malang tidak berbau. Credit Jabatan Bomba.