[ Ngeri ] 3 Gambar peha pemandu lori tembus tersusuk kayu !

Seorang lelaki terpaksa mengharungi detik cemas apabila batang pokok tertusuk di celah pehanya selepas terlibat kemalangan di Wuhu, China, Rabu lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Wang Yang, 43, dalam perjalanan pulang dari menghantar hasil tanamannya di bandar Wuhu.

Selepas menyedari brek lori yang dibawa tidak berfungsi dia bertindak nekad melanggar pokok tumbang di tengah jalan.

Jurucakap bomba berkata, situasi ketika itu amat mendebarkan kerana mangsa mengalami luka serius dan tidak boleh bergerak.

"Saya tidak pernah melihat kecederaan menyakitkan seperti itu. Dia sukar bernafas dan kehilangan banyak darah," katanya.

Difahamkan, pembedahan selamat dilakukan dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun berisiko mengalami jangkitan  kuman kerana terdapat banyak selumbar di dalam lukanya itu, laporan dipetik dari Mirror News.