[ Kejam ] Suami isteri ditahan disyaki dera anak enam tahun !

KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang disyaki didera, kanak-kanak itu dikenali dengan nama Mohd Akir berusia 6 tahun. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata ibu mangsa, seorang suri rumah berusia 31 tahun ditahan bersama bapa tiri kanak-kanak itu, seorang pemandu teksi berumur 35 tahun, di rumah mereka di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, Ampang, pada 5.30 petang semalam.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan kematian mangsa, Mohd Akir Rashidi, yang merupakan anak keempat daripada lima beradik, oleh bapa tirinya.

"Bapa tirinya dimaklumkan oleh ibu kanak-kanak itu bahawa mangsa tidak sedarkan diri pukul 1 tengah hari semalam sebelum dibawa ke Hospital Ampang.

"Hasil pemeriksaan doktor sahkan mangsa telah meninggal dunia, terdapat kesan-kesan lebam pada badan, kaki dan tangannya," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Astro awani ( Gambar Hiasan )