[ info ] Punca sebenar Izreen Azminda diceraikan suami ?

Berita yang agak mengejutkan Pelakon, Izreen Azminda diceraikan suaminya, Muhammad Riza ketika lokasi penggambaran di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu.

Perceraian itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain.
Berita Harian hari ini melaporkan yang pada awalnya, Muhammad Riza memandu dari ibu kota untuk bertemu dengan isterinya di situ dan sesampai di sana berlaku pengtengkaran kecil di antara mereka yang disaksikan oleh kru dan pelakon lain.
Izreen Azminda yang dihubungi juga mengesahkan yang perkahwinan mereka sudah berakhir dan pasrah dengan apa yang telah tertulis untuk dirinya.
“Ya, kami sudah tiada apa apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini,” ujar Izreen Azminda apabila diminta mengulas tentang berita ini. 

* Berita terbaru Suami nafi sudah ceraikan Mimi Azminda .. Baca di Entry Terbaru


1 ulasan:

Sorang lagi..alahai..kesian betul...tp tu la...x leh nk komen lebih2...

Reply