[ info ] Pencuri larikan Mitsubishi Pajero Milik Awie di Danau Kota !

Nasib nyata tidak menyebelahi penyanyi dan pelakon Awie apabila kenderaan pacuan empat roda model Mitsubishi Pajero miliknya dilaporkan lesap dilarikan pencuri ketika diletakkan di hadapan Pangsapuri Villa Danau, Danau Kota Setapak. 
Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, kenderaan tersebut dipandu pembantu peribadinya, Mohd Khyrull Anuar Ahmad, 30, bagi urusan kerja sejak dua tahun lalu. 

“Kebiasaannya saya akan meletakkan pacuan empat roda itu di dalam kawasan pangsapuri didiami. Bagaimanapun semalam (kelmarin) saya meninggalkan pacuan empat roda itu di luar kawasan pangsapuri sekitar jam 10.30 malam kelmarin.

“Saya tidak langsung berasa bimbang kerana kenderaan itu diletakkan berhampiran pos kawalan pangsapuri itu. Malah banyak kenderaan penghuni turut diletakkan di kawasan sama,” ujar Khyrull yang dipetik dalam sebuah akhbar. 

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sehari selepas dia dan Awie pulang dari mengikuti program minggu berbasikal di Wilayah Persekutuan Labuan. Khyrull turut menambah, kejadian itu sudah dilaporkan ke Balai Polis Setapak. Credit Media Hiburan