[ info ] Naza Blade 250i naked SE RM 13,988 !

NAZA Bikes Sdn Bhd melancarkan edisi baharu model Blade yang dikenali Blade Naked 250i SE. Model pemasangan tempatan (CKD) di kemudahan Naza Bikes di Shah Alam itu dijual pada harga RM13,988.

Versi naik taraf daripada model asal Blade Naked itu merupakan produk hasil kolaborasi teknologi dengan pengeluar motosikal Korea Selatan, Hysoung. Blade 250 Naked SE ditawarkan pada harga paling berpatutan dalam kategorinya.

Menurut Timbalan Presiden Naza Two Wheels, Nik Danial Nik Mahmood perubahan yang dilakukan ialah penutup lampu depan baharu dan pelindung bahagian tepi lebih aerodinamik serta penutup bawah baharu memberikan penampilan sporty pada motosikal.