[ info ] Kubah atas tandas cetus kontroversi diturunkan !


Kota Tinggi : Reka bentuk tandas sebuah resort di Desaru di sini, yang dilengkapi kubah menyerupai masjid, menimbulkan persoalan hingga mencetuskan perdebatan, dalam laman sosial sejak kelmarin. 

Susulan pelbagai komen dan rasa tidak puas hati orang ramai yang disuarakan menerusi blog dan laman sosial, pengurusan resort itu bertindak menurunkan tiga kubah itu, pagi semalam. 

Sebelum itu laman web popular MyNewsHub melaporkan sebuah resort di Desaru, Kota Tinggi, Johor mencetuskan kontroversi apabila sebuah bangunan tandas  di dalam resort berkenaan didakwa menyerupai masjid.

Menurut kakitangan itu, pihaknya menyedari kontroversi berkenaan pagi tadi apabila ia tersebar di internet dan beliau berkata pihak resort sudah pun bertindak menanggal dan menurunkan khubah berkenaan.
Katanya, pihak Jabatan Agama Islam Johor juga sudah hadir dan melihat bangunan itu ekoran kontroversi berkenaan.
Sebelum ini, sebuah resort berhampiran di Tanjung Sedili juga mencetus kontroversi apabila sebuah bangunan yang digunakan sebagai surau di Tanjung Sutera Resort telah disalahgunakan sebagai lokasi membuat ritual agama Buddha.
Hasilnya, kini bangunan di Tanjung Sedili itu sudah pun dirobohkan dan pemilik resort berkenaan turut disoal siasat.