[ info ] Bermula lah hukum Hudud di Brunei !

BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Sultan Brunei mengumumkan undang-undang dikenali sebagai Kod Penal Syariah yang mendapat kritikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikuatkuasakan secara berperingkat mulai esok, lapor AFP.

“Hari ini saya bersyukur kepada ALLAH SWT untuk mengumumkan bahawa esok, Khamis, 1 Mei 2014, akan menyaksikan penguatkuasaan undang-undang syariah fasa satu, yang perlu diikuti oleh fasa-fasa lain,” titah Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapannya, hari ini.

Penguatkuasaan hukuman hudud itu termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Awal tahun ini, pengumuman Sultan Brunei itu mendapat sokongan penuh daripada penduduk Islam tetapi mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat bukan beragama Islam.

Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat negara itu adalah penduduk Islam manakala kira-kira 15 peratus adalah bukan Islam.

Sungguhpun mendapat kritikan daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia PBB, Sultan Brunei dengan tegas memberi amaran bahawa penekanan lebih kuat akan dilaksanakan jika undang-undang itu cuba dirosakkan oleh pengaruh asing. Credit Sinar