[ info ] Alamak tersangkut lah pulak ?

Kuala Lumpur ibu negara yang mempunyai banyak laluan yang agak mengelirukan jikalau kita tidak betul-betul fasih dengan selok belok Pusat bandaraya ini pasti kita akan sesat atau tersangkut kenderaan kita di laluan yang tidak kita sangka.

Ini lah terjadi kepada seorang pemandu Bas Ekspress dua tingkat yang mana bas yang di bawanya tersangkut di laluan yang agak mengelirukan di Kuala Lumpur menuju pusat Bandaraya.

Mungkin pemandu bas ini baru di Kuala Lumpur atau tidak tahu had ketinggian satu-satu laluan yang ada di sekitar jalan di Kuala Lumpur.

Hasil nya dia mengalami suasana panik apabila bas yang di pandu nya mungkin tersalah jalan yang menyebabkan tersangkut disatu jalan yang berterowong.