[ info ] 2 Lelaki peragut gadis betulkan tudung di belasah !

NAK LIHAT VIDEO KLIK SINI
Kota Kinabalu: Cubaan dua lelaki meragut beg tangan seorang pelajar kolej gagal apabila motosikal ditunggangi dirempuh kenderaan sebelum mereka diberkas dalam kejadian di Taman Kingfisher, semalam.
Dalam kejadian pada jam 3.30 petang, kedua-dua suspek berusia 20-an cedera selepas dirempuh kenderaan manakala mangsa berusia 20-an hanya mengalami luka kecil selepas terjatuh apabila diragut.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Jaslin, 33, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke bandar raya atas urusan kerja.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya melihat seorang gadis terjatuh selepas dua lelaki menunggang motosikal Kriss Modenas cuba menarik beg tangan disandangnya.
“Namun belum sempat peragut ini melarikan diri, tiba-tiba sebuah kenderaan Honda City terus merempuh motosikal dinaiki mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, dua lelaki yang terjatuh cuba melarikan diri, namun berjaya dicekup orang ramai yang menyedari kejadian itu.
Difahamkan, kedua-dua suspek mengambil kesempatan melakukan ragut sebaik melihat gadis terbabit leka membetulkan tudungnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya. Credit HM