[ Hot ] 'Still 2' filem yang penuh aksi dan mesti di tonton !

‘STILL 2’ merupakan filem yang mesti ditonton - ‘Still 2’ yang juga dikenali dengan judul ‘Phi Tai Hong’ dalam bahasa Thai ini mengisahkan tentang roh yang mati akibat dibunuh dengan kejam. Mereka kemudiannya bangkit untuk membalas dendam akibat rohnya yang tidak tenteram. 
 
‘The Holly Sin’ mengisahkan tentang Non yang hilang arah selepas kekasihnya, Ploy mati dibunuh. Roh Ploy bangkit untuk membalas dendam dan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku disebalik kematiannya.
 
‘Fell of Highway’ menceritakan tentang Ant yang cuba untuk mendekati rakan sepejabatnya, Pobe yang sudah mempunyai teman wanita, Sa. Suatu hari, Pobe dan teman wanitanya bergaduh besar. Dalam masa yang sama, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Ant berdepan dengan pelbagai kejadian pelik dan menakutkan. 


‘The Air Vent’ pula memaparkan kisah Tag, seorang pemuzik yang berdepan dengan pelbagai perkara aneh ketika menginap di sebuah hotel.
 
Kisah terakhir, The Ghost Club’ mengisahkan tentang Nong dan rakan-rakannya yang pertama kali berlibur di kelab malam. Bank telah jatuh cinta dengan salah seorang pelacur di situ dan berhasrat untuk membantu wanita tersebut keluar daripada kelab itu. Namun, ia tidak semudah itu dan mereka berdepan dengan pelbagai perkara pelik di sana.

Media Hiburan ada menganjurkan Jom Tonton " Still 2 " bersama Media Hiburan ada berpeluang menonton filem tersebut dengan menyertai segmen di Portal Media Hiburan. Credit Media Hiburan