[ Hot ] Separuh akhir Piala FA 2014 JDT vs Pahang di jangka sengit !

JOHOR BAHRU - Orang ramai terutama penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang yang akan berentap dalam saingan separuh akhir Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin,  malam ini, diingatkan supaya menjaga kelakuan masing-masing.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya akan memastikan perlawanan tersebut berjalan lancar.

Beliau berkata, pihaknya juga mengarahkan ketua polis daerah untuk menentukan penugasan polis secukup­nya sepanjang 90 minit perlawanan.

“Saya nasihatkan penyokong kedua-dua pasukan untuk menjaga kelakuan masing-masing, baik di dalam, mahupun di luar stadium. Kita datang nak tengok bola, bukan untuk perkara lain," katanya di sini hari ini.

Rentetan beberapa insiden tidak diingini yang dikaitkan dengan pasukan JDT, kebelakangan ini, Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Ta’zim menggerakkan kempen Anti Keganasan dan Provokasi dengan menaikkan poster dan kain rentang selain pemberian risalah.

Menurut Bendahari II kelab itu, Mardiana Badura Sakek, satu kain rentang dan 30 banting akan dipasang di sekeliling stadium ketika perlawanan.

“Ia adalah kempen lanjutan daripada pemberian plak penghargaan Kita Bersaudara yang dilakukan sebelum ini bersama penyokong lawan," katanya. Credit Utusan Online