[ Hot ] Isu hubungan songsang Iqram, Soo Wincci dakwa dia punca ?

PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci berasa bersalah apabila tindakannya mencabar pelakon Iqram Dinzly untuk menghantar mesej berbaur lucah melalui aplikasiWhatsapp kepada seorang kenalan lelaki mereka telah disalah tafsir.
Soo Wincci, 28, berkata, dia melakukan perkara tersebut kerana ingin bergurau memandangkan pelakon lelaki itu seringkali didakwa mengamalkan hubungan sejenis.

Ini semua salah saya. Perkara ini terjadi disebabkan tindakan saya yang mencabar Iqram supaya bercakap seperti itu dengan seorang lagi kawan kami.

Saya sengaja minta dia berbuat begitu kerana banyak gosip tentang dia berkaitan hubungan songsang atau 'gay', jadi saya anggap ia sebagai gurauan sahaja dan tidak sangka perkara ini boleh tersebar serta disalah tafsir," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi whatsapp, di sini, Selasa.

Soo Wincci berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar mesra dan mesej berbaur lucah milik seorang pelakon lelaki yang didakwa Iqram Dinzly idedahkan sebuah laman blog pada Isnin. 

Malah laman blog itu turut mendedahkan mesej daripada aplikasi Whatsapp berunsur lucah itu kononnya adalah mesej perbualan antara Iqram dan seorang lelaki.


Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, lelaki itu juga merupakan salah seorang peminatnya yang kini menetap di London.

Lelaki tersebut peminat saya dan dia ingin jumpa kami dan bawa jalan-jalan di London memandangkan dia masih lagi belajar di sana.

Bagaimanapun, saya tidak dapat pergi kerana sibuk dengan urusan kerja di Taiwan dan minta dia untuk membantu Iqram sepanjang berda di sana," katanya.

Dalam pada itu, Wincci turut berasa terkilan apabila pelakon lelaki tersebut tidak menceritakan perkara sebenar dan melibatkan dirinya dalam menyelesaikan isu tersebut.

Soo Wincci yang mengakui masih berkawan rapat dengan Iqram turut menganggap gurauan berkaitan isu hubungan sejenis merupakan perkara biasa.

Saya marah apabila dia tidak ceritakan perkara sebenar kerana tidak mahu libatkan saya. Alasannya tidak mahu menganggu kerja saya di Taiwan.

Tetapi saya sendiri rasa bersalah dan mahu menceritakan perkara sebanar disebalik salah faham ini, kami anggap isu ini hanya gurauan semata-mata, ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Soo Wincci kini menetap di Taiwan bagi menguruskan kerjaya nyanyian dan lakonannya di negara tersebut. Mstar