[ Hot ] Berang di tegur wanita nekad tikam kekasih sehingga maut !

Berang di tegur  wanita nekad tikam kekasih sehingga maut Seorang wanita sanggup menikam teman lelakinya hingga mati di sebuah bilik sewa di tingkat tiga, Bandaran Berjaya hanya kerana ditegur cara memotong sawi.
Mangsa, Josyua Jesbon meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat luka di dada kiri akibat ditikam menggunakan pisau sepanjang 20 sentimeter.
Kekasih kepada mangsa yang berusia 28 tahun kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu selepas dinasihatkan berbuat demikian oleh salah seorang rakannya.
Siasatan awal mendapati cara wanita itu memotong sawi tidak disukai teman lelakinya.
“Selepas itu, berlaku pertengkaran dan wanita itu tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh mangsa lalu terus melakukan kerjanya. Sebaik saja selesai memotong sawi, dia kemudian duduk menghadap mangsa,” kata jurucakap polis.
Mangsa masih tidak berpuas hati lalu memukul dan menumbuk kekasihnya bertubi-tubi.
“Wanita itu pada awalnya hanya menahan kesakitan tetapi apabila berterusan dibelasah. Dia yang sudah tidak tahan terus mengambil sebilah pisau dan menikam dada kiri mangsa.
“Berikutan tikaman itu, mangsa rebah dan wanita itu bergegas keluar dari bilik lalu mengetuk bilik sewa lain untuk meminta pertolongan,” tambahnya lagi.