[ Hot ] Bekas ketua IMF saman kelab tarian tiang, dakwa kelab guna singkatan namanya !

BRUSSELS, Belgium - Bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn merancang untuk menyaman sebuah kelab seks di Belgium di Blaton di sini kerana menggunakan singkatan namanya iaitu DSK.
Premis berkenaan, DSKlub dibuka kepada orang ramai pada petang kelmarin.
Menurut media Belgium, kelab tersebut akan menggaji enam wanita dan seorang mak nyah yang merupakan cetusan idea seorang lelaki tempatan, Dominique Alderweireld.
Dikenali dikenali dengan panggilan DSK, Strauss-Kahn pernah menjadi Menteri Kewangan Perancis dan calon pilihan untuk memenangi pilihan raya Presiden 2012.
Namun, cita-citanya terhalang selepas beliau didakwa di mahkamah berhubung satu kes serangan seksual di New York pada tahun 2011, namun, kes itu kemudian digugurkan.

Selepas kes itu digugurkan, Strauss-Kahn menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.
Dia dilaporkan membayar seorang amah sebuah hotel yang mengemukakan aduan serangan seksual itu sebanyak AS$1.5 juta (RM4.89 juta).
"Strauss-Kahn mengumumkan bahawa beliau akan mengambil apa sahaja tindakan undang-undang yang diperlukan bagi melindungi maruah dirinya berhubung perkara ini," kata seorang peguam bekas pemimpin tersebut dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Alderweireld memberitahu media Belgium bahawa singkatan DSKlub merujuk kepada nama Dodo Sex Klub.
Alderweireld yang berusia 64 tahun teruja dengan tindakan Strauss-Kahn yang mahu menyamannya.
"Marilah kita tunggu sama ada mereka (pasukan peguam Strauss-Kahn) akan menang di Belgium," katanya.
Sebelum ini, dia memberitau agensi berita AFP, nama itu merupakan jenama komersial yang bijak kerana ramai orang yang bercakap tentang DSK. - Agensi