[ Hot ] Anak Bruce Wills tayang buah dada di New York bantah polisi Instargam ?


Anak Bruce Willis tayang buah dada  di New York bantah polisi Instagram -Hanya kerana membantah polisi bogel laman Instagram, anak perempuan aktor terkenal Bruce Willis, Scout Willis, 22, sanggup menayangkan buah dadanya di sekitar bandar New York.
Ia gara-gara Instagram tidak membenarkan penggunanya memuatnaik gambar buah dada termasuklah bekas pesakit kanser payudara dan wanita yang menyusukan bayi.
Dia turut mempersoalkan mengapa gambar provokatif lain seperti keganasan dan senjata api boleh dimuatnaik, tetapi bukan buah dada wanita?
“Sah di New York tetapi bukan di Instagram,” katanya menerusi Twitter yang merujuk kepada undang-undang yang membolehkan wanita berjalan separuh bogel di bandar itu.
inilah akibatnya jika terlalu taksub kepada kebebasan sehingga semua perkara pun mahu didedahkan mereka menggunakan pengaruh mereka untuk berjuang apa yang difikirkan mereka terbaik. Credit Mynewshub