[ Hot ] 5 Gambar selebriti di Pelancaran Astro Hlive malam tadi !

Malam tadi bertempat di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur berlangsung Majlis Pelancaran Astro hlive yang di hadiri oleh selebiti dan pereka fesyen popular negara.

Parti yang akan menggabungkan elemen radio, majalah dan televisyen secara eksklusif. Ini akan memberikan pengalaman yang unik buat tetamu yang hadir. 

Yang pasti, dua orang penyanyi terkenal tanah air bakal membuat persembahan pada malam itu serta lebih banyak kejutan bakal menanti para tetamu dan juga peminat pada malam itu.

Di atas sambutan hangat, para jemputan yang terdiri daripada selebriti dan mereka yang berada dalam industri dinasihatkan untuk meletakkan kereta di Stadium Merdeka bermula 7.30 malam dan limo khas akan menanti dan membawa mereka ke Stadium Chin Woo.

Berkonsepkan tema pakaian “Dress Up and Suit Up”. Pada saat ini, selebriti masih mencari-cari busana dan pakaian yang unik.. Apa jua yang digayakan dikalangan mereka yang melintasi karpet ungu hlive! pastinya akan menjadi perhatian editor fesyen, peminat dan pengkritik fesyen.
Ada banyak sebab selebriti dan jemputan yang hadir harus lebih berhati-hati ketika berpakaian kerana parti ini turut akan menampilkan glam-cam 360 serta live review di laman sosial dan laman web (www.hlive.com.my). Credit Rtky