[ Hot ] 4 Gambar wanita berjambang cetus fenomena di Eurovision 2014 !

Dengan susuk tubuh langsing dibaluti gaun indah, mana-mana lelaki pun pasti tertarik kalau terpandang dari jauh. Namun saat dia menghampiri atau menoleh ke depan, pasti ramai pula ternganga ibarat terkena kejutan elektrik!
Begitulah halnya artis ‘wanita berjambang’ yang ketika ini mencetuskan cerita hangat di Eropah. Orang itu adalah seorang lelaki dari Austria, Tom Neuwirth yang lebih dikenali sebagai Conchita Wurst.
Soalnya, mengapa dia memilih untuk menggayakan pakaian dan bersolek seperti wanita, sedangkan jambangnya lebih tebal kalau dibandingkan dengan selebriti fesyen tempatan.


Apa yang jelas, keanehan Conchita tercetus sejak mewakili Austria dalam Pertandingan Nyanyian Eurovision 2014 di Denmark tidak lama dulu, ktika itu, dia sengaja mencipta identiti yang menggemparkan semua penonton.
Dilahirkan sebagai seorang lelaki, Tom mempunyai kecenderungan bergaya seperti seorang wanita dalam setiap persembahannya seperti memakai pakaian wanita, solekan tebal, namun tetap menyimpan jambangnya. Credit HM