[ Hot ] 4 Gambar Tasha Shilla sokong kekasih berlawan di MIMMA 2 !


Peninju Muay Thai yang juga kekasih kepada aktres Tasha Shilla iaitu Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan untuk memberi sokongan ketika dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua yang diadakan di Paradigm Mall di sini pada Ahad memberi lebih keyakinan sehingga dia menang acara itu.

Han, 24, berkata, dia terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggan sepanjang perlawanan itu berlangsung.

"Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung.

"Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu," katanya kepada mStar Online  ketika dihubungi di sini pada Ahad.



Pada pertandingan anjuran Tune Talk itu, Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan.
Dalam pada itu, Han berkata, sebagai pasangan kekasih mereka sentiasa menyokong kerjaya masing-masing namun dia terkejut dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Tasha terhadapnya. Mstar