[ Hot ] 2 Gambar busana Zila Bakarin di ABPBH inspirasi dari Jennifer Lopez !

Busana Zila Bakarin di ABPBH inspirasi dari Jennifer Lopez-Patutlah busana yang dikenakan oleh Zila Bakarin di ABPBH2013 sangat mengancam dan memukau mata orang ramai. 

Rupanya inspirasi di sebalik busana terbelah itu adalah daripada bintang Hollywood seperti Jennifer Lopez. Memang badan Jennifer Lopez dan Zila Bakarin saling tak tumpah potongannya, 

Untuk makluman, busana Zila Bakarin di ABPBH2013 adalah rekaan Syafiq Aiman. Zila amat berpuas hati dengan rekaan busananya. Kata Zila Bakarin menerusi Harian Metro:-

Saya sebenarnya berpuas hati dengan rekaan itu dan ia memang menepati cita rasa saya dan majlis yang dihadiri. Saya juga berbincang dengan Syafiq Aiman dari segi rekaan dan potongannya, sekali gus inspirasi daripada busana yang pernah digayakan bintang Hollywood seperti Jennifer Lopez di acara permaidani merah. Saya juga yang meminta pereka itu supaya buat belahan yang menampakkan paha itu supaya senang untuk berjalan ke pentas.

Pada mulanya saya takut untuk meletakkan gambar busana yang dipakai pada malam kemuncak itu di Instagram. Namun ternyata pengikut saya sangat “sporting” dan menyokong penampilan saya itu kerana ia nampak cantik dan sesuai dengan imej saya. 
Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang tetapi saya sangat menjaga hati 50,000 penyokong dan peminat saya di Instagram yang sentiasa menyokong karier saya sejak dulu, apabila busana itu siap saya juga menggayakan depan suami dan anggota keluarga lain pada sesi “fitting”. 

Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk menggayakan busana berkenaan kerana ia tidak nampak keterlaluan. Pada mulanya busana itu lebih seksi dan terbelah sehingga ke perut tetapi saya meminta pereka baju untuk ubah suai semula kerana adik saya beritahu ia terlalu menjolok mata.

Busana di pakai Zila menjadi tumpuan di malam Anugerah ABPH yang lalu, dan menjadi bualan di media sosial tak kurang juga ada yang kritik penampilannya itu konon nya agak seksi, apa-apa pun itu hanyalah pendapat peminat nya dan orang ramai mereka berhak komen, yang penting Zila selesa dengan penampilan nya.Credit Abg Nara.