[ Global ] Penduduk bimbang bangkai paus akan Meletup !

Penduduk di Pulau Newfoundland, Kanada kini berada dalam kerisauan bangkai seekor paus biru yang terdampar di pantai mereka mungkin akan meletup bila-bila masa sahaja.
Bangkai paus berukuran 25 meter yang terdampar di pantai berbatu Trout River, dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu dalam lautan berais sebelum dihanyutkan ke situ.

Lazimnya, proses penguraian dalam badan paus yang mati dan terdampar akan menghasilkan gas metana yang boleh mengakibatkan letupan dan bau busuk ke kawasan sekitar.
Masalah timbul apabila berlaku pertikaian antara pihak berkuasa tempatan dan persekutuan, siapa yang harus menguruskan bangkai paus ini.
Cadangan untuk menolak bangkai kembali ke dalam laut pula dikhuatiri boleh membahayakan kapal yang mungkin akan terlanggarnya.
Tambah memburukkan keadaan, saiz bangkai paus kini sudah dua kali ganda besar daripada saiz asal sekaligus menambahkan lagi kegusaran 600 penduduk pulau terbabit. Credit Mynewshub 


1 ulasan:

kelihatan imej pun seperti memang nak meletop tu... hu hu hu...

Reply