[ Gempar ] Wanita megamuk dakwa ada bom dalam Pesawat Malindo ?


KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan oleh polis selepas mencetuskan kekecohan di dalam pesawat Malindo Air, penerbangan OD1622 ke Kuching, Sarawak petang tadi. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, DSP Zaldino Zaludin, berkata siasatan awal polis mendapati wanita berusia 41 tahun yang berasal dari Kuching dan bekerja di Semenanjung itu dalam perjalanan pulang ke kampung atas urusan keluarga. 

Kejadian berlaku pada 2.20 petang tadi ketika kru penerbangan sedang menyiapkan penumpang sebelum pesawat berlepas. 

Pramugari telah menegur wanita terbabit agar meletakkan beg yang berada di hujung kakinya di tempat menyimpan barang di bahagian atas, namun wanita itu terus memarahi pramugari berkenaan dengan mengeluarkan perkataan ugutan, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Menurut Zaldino, pramugari memaklumkan perkara itu kepada juruterbang yang menghubungi pihak keselamatan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengeluarkan wanita itu dari pesawat. 

Penerbangan yang dijadualkan ke Kuching itu tertangguh selama 2 jam 22 minit dan pesawat itu selamat berlepas pada 4.42 petang tadi," katanya dan menambah pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman esok. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi Malindo Air, Raja Sa'aadi Raja Amrin ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian.

Wanita itu mula marah-marah sebelum menaiki pesawat lagi dan memaki hamun pramugari selain menyatakan terdapat bom di dalam pesawat itu, katanya. - BERNAMA


2 ulasan

Anonymous mod

Dasar Cina kurang ajar, cilaka, sial lahanat macam Teresa Pork. Sama je Cina cina lahanat ni semua. Hapuskan hak mengundi dan bertanding untuk semua cina. Mereka cuma layak untuk penduduk tetap sahaja. Jangan campur urusan Negara Melayu, Malaysia Negara Melayu punya. Hidup Melayu Kuat Islam!

Reply

‘Perfect Men’ - This is What Women Really Like !!
Kenikmatannya Terasa Hingga ke Subuh !! >>> CLICK HERE !!

Reply