[ Gempar ] Mereka yang terlibat memukul suspek perkosa di Pantai Seri Tujuh akan di dakwa - Polis !


KOTA BAHRU: Ibu kepada kanak-kanak berusia 13 tahun yang mendakwa mendakwa anaknya dirogol boleh didakwa selepas rakaman video menunjukkan wanita itu melakukkan sebatan terhadap seorang lelaki yang dipercayai telah merogol anak perempuannya.

Suspek yang berusia 30-an tahun telah disebat dengan alat yang kelihatan seperti ranting pokok atau rotan.

Rakaman video 37 saat itu menunjukkan tangan dan kaki suspek diikat, dan punggungnya terdedah di hadapan orang ramai di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan pada hari Khamis, kira-kira pukul 5 petang.

Dia adalah seorang daripada dua lelaki yang dipercayai terlibat merogol gadis terbabit.

Kes itu bagaimanapun tidak berkaitan dengan kes rogol kanak-kanak yang didakwa dilakukan oleh lebih 30 lelaki di Ketereh, Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Komisioner Lai Yong Heng berkata polis memiliki rakaman video tersebut dan berada dalam proses mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian itu.

"Lelaki dalam klip video itu dimasukkan ke hospital kerana terdapat darah beku di kepalanya. Tetapi dia telah dibenarkan keluar dari hospital.

"Polis akan menangkap mereka yang terlibat dalam kes ini dan mereka mungkin didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah," kata ACP Lai ketika dihubungi, Jumaat.

Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan mereka walaupun percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.

"Orang ramai perlu menyerahkan perkara-perkara tersebut kepada pihak polis.

"Wanita itu dan mereka yang terlibat dalam kes ini akan didakwa di mahkamah untuk disoal siasat.

"Saya menggesa kepada mereka yang terlibat dalam video itu untuk menyerah diri sebelum mereka ditangkap oleh polis," katanya. Credit Mstar