[ info ] Gambar Ratusan Spider-Man di Pulau Pinang ?

Peminat Cuba Pecah Rekod Pakai Kostum Tonton Filem Spiderman - Pengaruh Spider-Man benar-benar memberi semangat kepada peminat filem itu apabila mereka berpakaian kostum adiwira berwarna biru dan merah ketika menonton filem sekuel Spider-Man.

Para penonton filem yang lain di pawagam dikejutkan dengan sekumpulan 342 orang, termasuk seorang wanita berusia 73 tahun, tiba pada majlis pra-tonton The Amazing Spider-Man 2: Rise of Electro pada Rabu dalam cubaan mereka untuk memecah rekod.
Kumpulan itu berbuat demikian untuk mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records and Guinness World Records kerana menghimpunkan sejumlah orang berpakaian Spider-Man.
Antara mereka adalah Clarence Ong, 41, isterinya, Wendy Ng dan anak-anak mereka, Josiah and Kayleigh Ong, masing-masing berusia enam dan tiga tahun.
"Anak-anak kami menyukai adiwira itu maka kami menyertai kumpulan ini. Kami gembira menjadi sebahagian daripada acara yang memecah rekod ini," kata Ng.
Satu lagi keluarga pada acara itu adalah pengurus audit dalaman, Neoh Ai Leen, 38, dan anak-anaknya, Teo Hui Ern, 9, dan Hui Yon, 6, serta ibunya, Fu Foon Ying, 73, Neoh berkata, dia mahu mendedahkan ibunya kepada "sesuatu yang berbeza".
"Ini merupakan satu-satunya acara seumpamanya di Malaysia. Saya tidak pernah melihat begitu ramai orang berpakaian kostum untuk menonton sebuah filem. Peluang untuk memecahkan rekod dunia ini bukannya selalu. Kami semua teruja untuk menjadi sebahagian daripada acara yang bersejarah ini," katanya.
Acara sebagai cubaan untuk memecah rekod itu diadakan sempena pembukaan rasmi pawagam TGV di aras 8 pusat membeli-belah Gurney Paragon Mall Pulau Pinang. Credit Mstar