[ Gempar ] DAP report polis poster Dyana berbikini disebar di Changkat Jong !


TELUK INTAN: DAP pada Sabtu membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar seorang wanita berbikini yang didakwa calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Laporan polis itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji, Lee Chuan How dan Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani dari DAP pada kira-kira pukul 6 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini.

Lee berkata, gambar bikini itu kononnya dipakai oleh Dyana telah disebarkan di sekitar kawasan Changkat Jong dekat sini.

Menurutnya, ia merupakan satu fitnah semata-mata kerana wanita di dalam gambar itu sebenarnya adalah pelakon Filipina, Pauleen Luna.

Kita menolak sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini yang menjatuhkan maruah seorang wanita.

Kita tidak perlukan kempen yang jahat seperti ini kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi, katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis.

Sebelum ini, Dyana menafikan gambar berkenaan adalah dirinya dan sudah membuat penjelasan bahawa wanita itu merupakan pelakon Filipina, Pauleen Luna. Mstar