[ Gempar ] Berdasarkan fakta di Bawah .. Betul Atau Bohong .. ?


Hari ini Akhbar Berita Harian melaporkan bahawa Tarif elektrik terpaksa di naikkan bagi lindungi TNB rugi dari pada rugi .

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik baru-baru ini bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.

Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, di sini, sebentar tadi. 

Pada majlis itu, Najib melancarkan Program Transformasi 1TNB, mengandungi enam Bidang Keberhasilan Utama antaranya menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia; melangkaui kepuasan pelanggan; meluaskan bisnes baharu; mentransformasikan organisasi serta memperkukuh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit. 


Manakala Petikan Akhbar Berita Harian pada 31.10.2013 TNB mencacat untung bersih sebanyak 4.61 Billion bagi tahun keawangan 2013, jadi ramai pengiat media sosial mempersoalkan mengenai permasalahan tersebut.

Pengguna akan menanggung Tarif kenaikan elektrik jikalau perkara ini betul-betul di laksanakan dan TNB akan selamat dari kerugian.