[ Gambar ] Justin Bieber Kecewa di tuduh mencuri !

PENYANYI Justin Bieber meluahkan rasa kecewa melalui laman sosial Twitternya terhadap khabar angin tentang dakwaan cubaan mencuri baru-baru ini.
Justin menegaskan perkara tersebut sama sekali tidak benar.

"Susah untuk membela diri dan saya percaya kebenaran akan terbukti nanti," tulisnya.
Berita tentang kecurian yang dilakukan oleh penyanyi ini tersebar pada Isnin lalu, apabila seorang wanita membuat laporan polis terhadap kes tersebut.

Menurut laporan wanita itu, Justin telah menolak ketika diminta untuk bergambar, sebaliknya memaksa wanita berkenaan menyerahkan beg duitnya.

Dalam pada itu, Justin turut meminta peminatnya agar tidak mempercayai khabar angin tersebut. Mstar