[ Gambar ] Gaya selebriti dikarpet Merah ABPBH di PICC Putrajaya !

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 yang memasuki edisi ke-27 malam ini berlangsung buat pertama kalinya di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sejak kali pertama penganjurannya pada 1987.
ABPBH 2013 sepatutnya berlangsung pada 6 April lalu tetapi ia ditunda untuk menghormati tragedi MH370 yang melanda negara, baru-baru ini & pada acara karpet merah pihak penganjur mendedikasikan satu laluan khas untuk mengenang MH370.
UNTUK LIHAT GAMBAR-GAMBAR SELEBRITI DI KARPET M,ERAH KLIK SINI
Diacarakan oleh Didie Alias bersama Awal Ashaari, acara karpet merah malam ini dimeriahkan oleh para selebriti popular tempatan yang hadir dengan busana mengikut tema Magis Alam yang telah ditetapkan penganjur.
Nama nama popular seperti Aaron Aziz, Datuk AC Mizal, Zizan Razak, Emma Maembong, Adira AF, Nabila Huda dan Nora Danish tidak ketinggalan tampil dengan gaya mereka tersendiri.
Seperti biasa, kami akan hidangkan gambar para selebriti di sekitar karpet merah yang telah berlangsung untuk tatapan anda yang terlepas untuk menyaksikan ianya secara langsung di TV dan portal rasmi ABPBH 2013. Credit RTKY