[ Gambar ] Duta baru Aura White Amyra Rosli sedia bergelar isteri !

Duta baru Aura White Amyra Rosli sedia bergelar isteri Rasanya nama Amyra Rosli sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, malah nama gadis cantik ini semakin melonjak selepas dia dilantik menjadi duta kepada produk kecantikan Aura White menggantikan pelakon Hanez Suraya.
Amyra Dan Dazrin bertunang Ogos tahun lalu
Pada yang tidak tahu, sebenarnya Amyra merupakan tunang kepada pelakon kacak iaitu Dazrin Kamarudin dan khabarnya gadis ini sudah bersedia untuk bergelar isteri walaupun usianya baru menginjak 23 tahun.
Tidak menolak untuk berkahwin awal, pelakon yang popular dengan drama Ku Cinta Kau Seorang ini percaya rezeki tetap ada dalam bidang lakonan walaupun sudah bergelar isteri kelak. Credit OB