[ Gambar ] 44 cedera, bas terjun gaung di Padang Besar !

Padang Besar: Empat puluh empat orang cedera apabila bas pelancong dari Kepala Batas, Pulau Pinang ke Wang Kelian di sini, terjunam ke dalam gaung di Kilometer 37, Wang Kelian, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan dan terjunam ke dalam gaung itu. 
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kejadian berkenaan berlaku di jalan berbukit, berdekatan tangki air Wang Kelian. 



Che Man berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada 33 perempuan , enam lelaki dan lima kanak-kanak sudah dihantar mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Menurutnya, jumlah mereka yang parah juga belum dapat dipastikan kerana masih mendapatkan rawatan di HTF. HM