[ Gambar ] 4 Gambar Hanis Husna akui dia kekasih Shah Jaszle

Benarkah gadis ini adalah kekasih baru Shaz ? Memang sah ! Perkara ini disahkan sendiri oleh Hanis Husna setelah mengakui sendiri dia adalah kekasih Shah Jaszle. 
Menurutnya lagi dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan Shah Jaszle setelah pelakon tersebut putus tunang dengan seorang doktor yang dikenali sebagai Redzwani Puteri.




Ini bagi menjawab segala tohmahan sesetengah pihak yang melabel dia sebagai perampas dan menyebabkan putusnya talian pertunangan Shah Jaszle dengan tunangnya sebelum ini.
Berikut adalah luahan Hanis Husna daripada artikel yang disiarkan di Harian Metro:
“Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar,”
“Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya.”
“Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya.”
Semoga hubungan mereka kekal serta tabah hadapi dugaan yang mereka tempuhi dan apa yang dirancang mereka berdua menjadi kenyataan.