[ Foto ] 4 Gambar Kim Kardashian rai parti bujang 2 hari sebelum berkahwin !

Selebriti televisyen terkenal, Kim Kardashian meraikan parti bujang bersama rakan-rakan wanitanya kelmarin.
Kardashian yang berusia 33 tahun berjalan dbersama adik-beradiknya dan rakan-rakannya dua hari sebelum dia berkahwin dengan penyanyi Kanye West.
Dia yang merupakan bekas model majalah bogel Playboy turut makan bersama-sama rakannya itu di Hotel Costes yang turut dihadiri adik-beradiknya yang lain iaitu Khloe, Kendall dan Kylie.
Saya berasa sungguh bertuah. Saya berada bersama rakan-rakan terbaik di dalam dunia, kata Kardashian,Kardashian popular menerusi program realiti televisyen keluarganya.
Selebriti itu turut menyatakan makan di hotel tersebut merupakan makan malam terakhir sebelum dia berkahwin.


Majlis perkahwinan Kardashian dengan West itu akan diadakan di Kubu Forte Belvedere di Florence, Itali yang dibina pada abad ke-16.
Pasangan itu menyewa kubu itu pada harga AS$410,000 (RM449,680) untuk meraikan hari bahagia mereka,West, 33, menjalin hubungan dengan Kardashian sejak April 2012.
Ia merupakan perkahwinan pertama buat West dan ketiga untuk Kardashian.
Kardashian pernah berkahwin selama 72 hari dengan bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Kris Humphries sebelum mereka bercerai setahun lalu. - Agensi