[ Foto ] 4 Gambar Emma Watson terima ijazah di awasi polis di Universiti !


PELAKON terkenal Hollywood Emma Watson menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Kesusasteraan Bahasa Inggeris dari Universiti Brown di Rhode Island, Amerika Syarikat pada Ahad.

Semasa di Universiti itu juga seorang Polis wanita di tugaskan menjaga Emma yang mana Polis tersebut menyamar sebagai seorang pelajar Universiti terbabit.

Emma, 24, kelihatan begitu gembira dan sempat memuat naik gambar selfie lengkap mengenakan jubah dan topi graduasi di laman Instagram sebelum acara penganugerahan ijazah bermula.


Anggota Polis awasi Emma



Pelakon filem Harry Potter itu bersama-sama 2,000 lagi penuntut universiti berkenaan menerima ijazah mereka di Institut Liga Ivy.

Emma memulakan pengajian di universiti berkenaan pada tahun 2009 dan adalah seorang pelajar pintar adn pernah mendapat keputusan cermelang dalam peperiksaan GSCE dan A-Level.Mstar