[ 5 Gambar ] Artis Kpop 2NE1 pamer aksi menggoda dikonsert KL !

Fenomena K-Pop bukanlah satu perkara asing di Malaysia. Malah, genre ini telah berjaya membentuk kelompok fanatik yang kebanyakannya terdiri daripada remaja belasan tahun.
Namun, kunjungan kumpulan 2NE1 di ‘2014 2NE1 World Tour All Nothing’ pada hujung minggu yang lalu telah membuktikan bahawa K-POP turut diminati oleh golongan dewasa!
Dibanjiri lebih 4,000 orang penonton, kumpulan 2NE1 yang terdiri daripada CL, Dara, Park Bom and Minzy dilihat telah memukau peminat dengan aksi mereka yang nakal dan menggoda.



Bukan sahaja berkebolehan untuk menari dengan lincah, malah 2NE1 juga mampu mendendangkan lagu dengan baik dan membuatkan para peminat langsung tidak berganjak sehingga tamat konsert.
Walaupun mereka tidak tampil terlalu seksi seperti kebiasaan, persembahan yang bermula pada jam 7.30 malam di Stadium Negara Kuala Lumpur ini dilihat mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para penonton.
Untuk makluman semua, 2NE1 pernah muncul buat pertama kalinya di Malaysia pada Mac 2013 untuk konsert ‘Twin Towers Alive 2013′ di Plaza KLCC. Credit OH