[ 4 Gambar Tragis ] Allahyarham Mohd Azuan bakal berkahwin ahad ini !

Allahyarham Mohd Azuan yang berasal dari Kulai, Johor anggota polis yang maut di langgar penjenayah ketika bertugas semasa mengejar suspek akan melangsungkan perkahwinan pada Ahad ini.

Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, maut di tempat kejadian, manakala rakan setugasnya yang belum dikenal pasti identitinya cedera parah.


Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi, kedua-dua mereka daripada unit rondaan bermotor Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dilanggar oleh suspek yang baharu sahaja terlibat dalam satu kes samun dekat Alor Pongsu, katanya kepada pemberita di IPD Hilir Perak, Isnin.   

Beliau berkata kedua-dua mereka yang bertindak atas maklumat daripada orangawam tentang satu kejadian samun sebuah van rokok telah mengejar suspek dan van rokok. 

Mangsa mengejar sebuah kereta jenis Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic dipercayai dinaiki oleh rakan suspek menyebabkan mangsa tercampak ke dalam parit. 

Al-fatihah dan salam Takziah untuk seluruh keluarga Allahyarham ini detik yang paling menyedihkan untuk hidup mereka namun Yang Maha esa lebih menyangai Allahyarham semoga roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama orang-orang yang di redainya, Amin.