[ 4 Gambar ] Pelumba basikal negara Kimberly Yap cedera di rempuh kereta !

Pemenang pingat emas Sukan SEA, Kimberly Yap cedera dalam satu insiden di Penchala Link ketika mengayuh basikal untuk pulang ke rumahnya pagi tadi .

Kemalangan berlaku pada pukul 8.45 pagi selepas di berbasikal melepasi sebuah terowong, difahamkan basikal yang ditungganginya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Harrier.


Kimberly dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk mendapat rawatan, beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Laporan imbasan CT menunjukkan tiada kerosakan pada organ pentingnya, menurut doktor, Kimberly mengalami kecederaan di bahagian paha dan betis.
semoga Kimberly cepat sembuh dan apa yang berlaku tidak mematahkan semangat nya untuk berjuang dalam acara lumba basikal . Credit Mstar, DTR