[ VIDEO ] Pencuri di Pejabat Masjid Al-Hasanah B.B.Bangi - Minta Sebarkan video ini !

KLIK DISINI UNTUK LIHAT VIDEO CCTV
Di saat orang sedang sibuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid.
Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam masa seminit lebih sahaja, pencuri dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yang terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yang ditinggalkan kakitangan pejabat.
Berdasarkan CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini.
Mungkin kakitangan bertugas tak sangka ada individu berhati busuk akan memasuki perkarangan masjid agaknya,menurut sumber tertentu, pencuri  ini menaiki kereta Proton Saga berwarna emas.
Diharapkan dengan tersebarnya rakaman video ini pencuri itu akan dapat diberkas secepat mungkin. Credit Mynewshub