[ Terkini ] #Voteforshila : Shila Amzah berjaya ke Pentas Akhir 'I Am a Singer' !

Selepas bersaing sengit untuk beberapa minggu, penyanyi Shila Amzah mencatat kejayaan membanggakan apabila layak ke peringkat akhir pertandingan nyanyian 'I Am a Singer' yang sedang berlangsung di China, ketika ini. 

Bermula dengan lagu 'Xiang Ni De Ye' yang didendangkan pada minggu pertama penyertaannya, Shila terus menunjukkan prestasi membanggakan saban minggu, kini Shila menduduki tempat ke3 di carta Undian terkini dan akan berjuang di Final hari ini , jom rakyat Malaysia bantu Shila sama-sama undi untuk Shila di sini VOTE FOR SHILA

Undi Shila disini http://vote.weibo.com/vid=2578278
Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final nanti. Kami di sini diberi arahan untuk bersedia dengan 2 buah lagu di mana pusingan pertama saya akan berduet bersama salah seorang penyanyi luar, dan jika rezeki berpihak kepada saya dan berjaya mendapat lima tempat tertinggi, saya akan mara ke pusingan kedua di mana saya akan menyanyi solo dan dari situ hanya undian daripada peminat yang akan menentukan sama ada saya berjaya merangkul sebagai juara atau tidak. 
 
Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya untuk malam final nanti, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi, ujar Shila dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. 
 
Di peringkat akhir ini, Shila akan berentap bersama dengan tujuh  lagi peserta seperti G.E.M. (Hong Kong), Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia),  Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan  Zhou Bichang (China).
 
Untuk rekod, ‘I Am a Singer’ musim pertama telah dimenangi oleh Yu Quan dari China dan siapa tahu pada musim kedua ini akan dimenangi oleh rakyat Malaysia pula. Selamat berjaya Shila. Credit Media Hiburan