[ Terkini ] Punca pelakon Sidek Hussain meninggal dunia 11.55 malam tadi !

Punca pelakon Sidek Hussain meninggal dunia malam tadi adalah akibat kanser tahap empat Sidek Hussain, 63, menghembus nafas yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11.55 malam tadi.
Sidek dimasukkan ke HKL pada 30 Mac lalu sejurus pengsan di ibu negara ketika membeli barang untuk cucunya dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan ketumbuhan pada pipinya sejak lebih tiga dekad lalu itu sejenis kanser pada bulan ini.
Ketumbuhan yang mencapai berat dua kilogram itu pada peringkat permulaannya muncul ketika Sidek berusia dalam lingkungan 20-an.

Pada Jun lalu, Sidek sempat mengerjakan umrah dan dia mengalami susut berat badan serius serta semakin lemah berikutan hilang selera makan. Al-fatihah Credit HM