[ Terkini ] PDRM siasat unsur sabotaj insiden MH192 !

Putrajaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan terperinci berhubung sebarang kemungkinan termasuk unsur sabotaj berkait beberapa insiden membabitkan pesawat Penerbangan Malaysia MH192.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil langkah sepatutnya bagi menyiasat perkara berkenaan. 
Kita akan mengambil langkah yang sepatutnya bagi menyiasat perkara itu, katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Persidangan International Association of Police Academies (INTERPA) di sini, hadir sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum ini, Pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta PDRM khususnya Cawangan Khas Bukit Aman menyiasat sebarang kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap Penerbangan Malaysia.
Keadaan Tayar pada gear pendaratan MH192 semasa insiden 
Hishammuddin dilaporkan berkata, beliau melihat perkara berkenaan dari pelbagai sudut termasuk segala kemungkinan yang timbul mengenai segala kejadian yang menimpa MAS sejak kebelakangan ini. 

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam sidang media selepas bertemu penumpang pesawat MH192 di KLIA awal pagi, semalam. Credit HM