[ Terkini ] Lagi kes melibatkan pesawat MAS jenis MH004 terpaksa tangguh penerbangan !

Kuala Lumpur: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH004 dari Kuala Lumpur ke London yang dijadual berlepas pagi semalam ditangguhkan selama empat jam bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan kepada pesawat itu.
Menurut kenyataan MAS, penerbangan itu dijadual berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 10.10 pagi dan dijangka tiba di London pada 4.20 petang waktu tempatan pada hari yang sama.
Bagaimanapun, penerbangan tersebut dijadualkan semula dengan berlepas pada jam 2.15 petang dan tiba di London pada 8.25 malam waktu tempatan hari yang sama.
“Memandangkan keselamatan penumpang adalah keutamaan paling tertinggi bagi syarikat penerbangan ini, maka penjadualan semula itu penting bagi memudahkan kerja-kerja membaiki pesawat dijalankan.
“MAS kesal dengan ketidakselesaan yang berlaku terhadap pelanggan kami,” kata kenyataan tersebut. Credit Bernama