[ Terkini ] Kes Culik di Sabah : Penculik minta tebusan RM36.4 juta untuk warga China !

KUALA LUMPUR :  Kumpulan penculik dua wanita di Resort Singamata, Semporna Sabah meminta wang tebusan sebanyak RM36.4 juta bagi membebaskan wanita China yang juga seorang pelajar, Gao Hua Yuan, 29.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menerima nota daripada kumpulan penculik tersebut dan telah menghantar pasukan untuk berunding dengan orang tengah berhubung perkara berkenaan.

Katanya, wang tebusan itu hanya melibatkan Hua Yuan tetapi tiada tuntutan terhadap seorang lagi mangsa yang merupakan pekerja wanita resort itu berasal dari Filipina, Marcy Dayawan atau Mimi, 40. Credit Utusan 



1 ulasan:

cisss.. deme ni le yang membusukkan nama negara kat dunia.... udahle hubungan kita dengan CHina tak berapa ok sekaghang ni.... pihak berwajib..... kena ambik tindakan yang tegas.. tapi dalam masa sama tak membahayakan mangsa....

Reply