[ Terkini ] 5 Gambar dua kereta tenggelam ekoran banjir kilat di KL petang tadi !

KUALA LUMPUR - Dua buah kereta jenis Toyota Estima dan Proton Iswara tenggelam ekoran banjir kilat di terowong Jalan Chan Sow Lin berdekatan pejabat Percetakan Nasional Malaysia Berhad serta Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sini hari ini.

Hujan lebat selama satu jam yang turun sejak pukul 5 petang menimbulkan suasana kelam-kabut apabila laluan tersebut dinaiki air sedalam tujuh kaki di kedua-dua arah sehingga menyebabkan ia tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.



Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur memberitahu, sebanyak 10 anggota polis trafik termasuk skuad bencana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat laporan.

Punca kejadian masih disiasat tetapi berdasarkan maklumat awal yang diterima, berkemungkinan berpunca daripada masalah sistem perparitan, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, aliran trafik dari arah Jalan Chan Sow Lin terpaksa dialihkan oleh polis trafik ke Bulatan Sungai Besi berhampiran bangunan F&N. Credit Utusan, DTR