[ Terkini ] 4 Gambar nahas Bas Kilang dan Van, 3 parah !


JOHOR BAHRU : Tiga parah manakala lebih 30 penumpang bas kilang terselamat dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini. 




Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, seorang lelaki dipercayai pemandu dan dua lagi penumpang van jenis Nissan Vanette cedera parah selepas tersepit akibat rempuhan dengan bas kilang berkenaan.