[ Terkini ] 10 pelajar SMK Saujana Impian hilang di Gunung Tok Wan Bukit Broga !


Seramai 10 orang dikhuatiri sesat semasa menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga di ibunegara pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata kesemua mereka dilaporkan hilang kira-kira jam 11.54 pagi.
    
"Selepas mendapat panggilan, pihak bomba bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian.
    
"Sehingga kini, kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama.
    
Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat turut dibantu kira-kira 30 anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam.
    
Mohd Sani berkata 10 orang yang hilang di Gunong Tok Wan itu terdiri daripada dua kumpulan pendaki iaitu kumpulan pelajar dan kumpulan dewasa.
    
Kumpulan pelajar terdiri daripada enam pelajar lelaki Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang, yang merentas desa di bukit itu bermula kira-kira 4 pagi tadi.



"Kami terima panggilan dari mangsa menyatakan mereka sesat menerusi telefon bimbit pada 11.55 pagi tadi. Jentera bomba pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 12.24 tengah hari.


"Berdasarkan maklumat, kumpulan pelajar itu telah menemui satu lagi kumpulan empat lelaki dewasa yang turut sesat dan mereka kini bergabung sementara menunggu bantuan tiba," katanya kepada Bernama malam ini.
    
Mohd Sani berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan anggota keselamatan termasuk bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan polis giat dilakukan.
    
Beliau berkata keadaan agak sukar buat anggota keselamatan berikutan keadaan gelap dan jalan licin kerana hujan.
    
"Kita sedang berusaha mencari jalan yang paling baik untuk menyelamatkan mangsa termasuk mendapatkan bantuan Orang Asli. Tiada mangsa yang cedera cuma mereka dalam keletihan dan kelaparan," katanya - Bernama


1 ulasan:

This comment has been removed by the author.