[ Sedih ] MH370 : Kedudukan Shila merudum dalam " I Am A Singer " akibat di boikot di China !

Ini lah yang terpaksa di tempuhi oleh penyanyi negara Shila Amzah yang kini tengah mengarumkan nama negara  dan kembangkan bakatnya  negara di China kesan dari kehilangan Pesawat MH370 amat di rasai nya.
Selepas menduduki tangga pertama dalam minggu ke-10 program realiti I Am A Singer di China, kedudukan penyanyi terkenal Malaysia, Shila Amzah tiba-tiba merudum ke tangga keenam pada minggu berikutnya.
Difahamkan, penyanyi berusia 24 tahun yang semakin popular di China itu diboikot pengikut program realiti popular berkenaan berikutan ketidakpuasan hati rakyat China terhadap cara pihak berkuasa negara ini mengendalikan misi mencari pesawat Penerba­ngan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Memang mengejutkan kerana persembahan Shila dengan lagu Rolling In The Deep pada minggu ke-10 program terbitan Hunan TV dua minggu lalu itu bukan saja mendapat pujian tetapi memperoleh undian terting­gi daripada penonton termasuk juri, sekali gus meletakkan dia di kedudukan pertama.

Namun pada minggu ke-11 yang juga pusingan separuh akhir, Shila yang membawakan lagu Yang Chong tersingkir ke kedudukan keenam.

Ibu Shila, Fauziah Sarman ketika dihubungi berkata, Shila sendiri menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Credit HM