[ Ngeri ] Punca dan detik-detik cemas murid tahun 4 tercucuk besi longkang !

KOTA KINABALU : Punca dan detik-detik cemas seorang  tahun 4 yang tertusuk besi longkang adalah kerana bermain kejar-kejar bersama rakan-rakan lalu rakan nya terpijak besi tersebut dan tercucuk pada pipi mangsa.

Besi sepanjang lebih kurang 1 meter menembusi mulut dan pipinya, kejadian yang menimpa Lenius David, 10 tahun ini berlaku di perkarangan Sekolah Rendah Sacred Heart Kota Kinabalu, tengah hari tadi.

Berikutan kejadian, pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian bagi memberi pertolongan segera, murid itu kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, dan dilaporkan berada keadaannya  stabil.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, satu laporan polis diterima mengenai insiden yang berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

Semoga adik Lenius cepat sembuh dan dapat bersekolah seperti biasa, insiden ini di harap dapat jadi pengajaran kepada semua pelajar-pelajar sekolah supaya berhati-hati dalam apa yang mereka buat. 

Gambar tidak di sensorkan supaya jadi pegajaran kepada pelajar-pelajar lain tiada niat untuk aibkan pelajar terbabit.